Saturday, 12 April 2014

tak penat.

Salam alaik. =)

So, the last post was on 13 of Dicember 2013. Hua.
Lama gila dah x tengok blog ni.
Lama gila dah x rasa nak meluahkan apaapaapaapa dekat sini.
Lama gila rasanya dah x menulis.
Lama gila rasanya.

Semua pun nak gila. Dah kenapa? Haha. *ketawa hambar.

Mungkin semakin sibuk dengan urusan pelajaran.
Mungkin juga semakin hari semakin penat dan dah xlarat nak tulis apa apa dekat sini.
Mungkin juga xada inspirasi untuk beri inspirasi pada orang lain.
Mungkin jumpa benda lain yang lebih menarik.
Mungkin blogspot ni dah x menarik.
Mungkin rasa bosan.
Mungkin dah mati kutu nak letak alasan apa untuk 'mungkin' kt bawah ni nanti.
Mungkin....

Ha!

Mungkin~ yah. Mungkin. Haha. Dahla jangan nak merepek mungkin sangat.

Sebenarnya, dah penat.
Sebenarnya, rasa letih.
Sebenarnya, boleh kene anemia aku ni.
Haha

Astaghfirullah3x~



Dunia. Will always remain temporary. Its equal to temporary. Tapi, kenapa certain manusia tend untuk pilih dunia daripada akhirat.
Kenapa?
Kenapa bersusah payah untuk dunia yang sementara?
Kenapa?
Kalau sedangkan kita tahu seluruh dunia ni akan hancur satu hari nanti.
Kenapa?

Oh maynnn. Ohh maynnn. 
Serabut lah.

[2:30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[52:56]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Sebab tugas seorang a'bid itu bukan setakat tebarkan sejadah atas lantai dan duduk bersimpuh sambil berzikir kat situ.
Sebab tugas seorang khalifah itu bukan sekadar menjadi ketua kelas dalam kelas.

Its more than that. Percayalah, ia bukan sekadar tugas ringan2 yang kalau bagus boleh dapat award ketua kelas terbaik. 

Dan kalau semua manusia faham, 
Mungkin dunia akan jadi lebih aman. 
Mungkin takkan ada keluhan.
Mungkin xkan ada penat.
Mungkin xkan ada kesal.
Mungkin xkan ada rasa kecewa.

Tatkala jiwa rasa lemah, tatkala jiwa rasa tidak tenteram tatkala rasa ingin jatuh dan tak akan bangun kembali, ingatlah yang syurga itu menjadi tujuan. Janji Allah itu yang kita tuju. Mungkin xkan ada manusia yang faham. Tapi ketahuilah Allah faham akan penat lelah itu.

Allahu Rabbi~

p/s:second year in dentistry: i find that, it ain't easy to be a student and daie' at the same time. i'm stuck in dunya, and i'm exhausted. but pls o Allah don't let dunya pull me away from You. don't let me drowning in this dunya. ='(


Friday, 13 December 2013

#Isnani

Kudremukh, India

salam alaik

sabar.

kerana aku tahu,
jalan yang aku lalui ini tidak akan menjanjikan sesuatu yang indah

kerana aku tahu
jalan ini akan menuntut segala yang aku punya

kerana aku tahu
aku akan terjatuh tersungkur bila bila masa sahaja

kerana aku tahu
aku akan kehilangan segala yang aku suka

kerana aku tahu
tidak akan ada bunga bunga wangi yang bertaburan mengiringi di sepanjang perjalanan ini.

tapi, di setiap kesusahan itu,

aku redha.

kerana aku tahu
setiap usaha kecil aku akan membuahkan hasil

kerana aku tahu
perlunya generasi yang kenal Allah dalam hidupnya

kerana aku tahu
syurga Allah itu indah

kerana aku tahu
janji Allah itu pasti

kerana aku tahu
aku hanyalah seorang hamba

dan aku tahu
pada penghujung hidupku
hanya kepada-Nya aku akan dikembalikan

hanya kepada-Nya.

p/s: kalau dulu, aku rasa berat untuk menerima semua ini. tp sekarang aku rasa seronok. moga Allah kekalkan rasa itu selamanya. =')

"Ya Allah ambillah aku dalam keadaan aku masih seorang mukmin"

Wednesday, 4 September 2013

entah.

Salam alaik =)

puhhh habuk. hehe.

hanya ingin menyatakan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas setiap nikmat yang dikurniakan.
hanya ingin meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas perasaan ini.

walau jauh ke belakang aku cuba untuk berlari
hati ini tetap tidak tenang
tetap akan kembali semula
tetap akan mencari semula
tetap akan merintih semula

kepada Dia.

kerana itu fitrah manusia.

moga aku dapat pertahankan perasaan ini sehingga nafas yang terakhir.. meskipun aku terpaksa korbankan segala yang aku punya. cuma satu harapan aku, tolonglah aku untuk terus bernafas sebagai seorang muslim. dan moga aku juga dapat menzahirkan dan berkongsi perasaan ini kepada semua yang aku kasihi.

moga kita semua menjadi salah satu batu bata yang menaikkan islam suatu hari nanti. biar pun hanya sekecil kecil batu tp sekurang kurangnya ia menjadi saksi pada hari mendatang.

akhirat.



Tuesday, 11 June 2013

48:29

Salam alaik =)

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. 
[48:29]

terkesima bila baca ayat ni.
mampu tak kita,
kita kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w ni
duduk di sisi Rasulullah
pada suatu hari nanti?
mampu tak kita,
pada suatu hari nanti
meraih syurga Allah tu?

mampu tak?

kalau setakat hangat2 tahi ayam jer, forget it.
=(
malu.

p/s: harapan selalu ada. pintu sentiasa terbuka. cuma terpulang pada diri sendiri. yang membuat pilihan. Allah~

Monday, 22 April 2013

Aseef.

Salam alaik.

down.

bila kesilapan itu dtg dr diri saya sndiri
bila dah menyakitkan hati org lain
bila tetap memenangkan ego yang sepatutnya dijatuhkan, diketepikan.
bila mana org lain yang dahulukan kata-kata maaf.
bila mana org lain itu tetap di sisi walau di sakiti.

apeni.

rasa malu
malu dengan diri sendiri.

maafkan saya. maafkan saya. maafkan saya.

sungguh. maafkanlah saya.

Astaghfirullahal a'zim.

p/s: Hablumminallah wa hablumminannas. Pegang ni.

Thursday, 18 April 2013

#Wahid

Salam alaik =)

Berusahalah awak, kita sama-sama usaha.
Moga Allah redha =')


"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)"
[10:25]


Saturday, 13 April 2013

jaga diri awak =')

Assalamualaikum wbt.

Entah kenapa rasa sedih bila saya dapat tahu awak dah nak balik M'sia dengan mak awak. Mungkin saya xrapat dengan awak mcm kawan2 yang lain. Tapi sebab awak baik hati, sebab tu saya rasa sedih.Reaksi saya ketika nampak awak tadi itu real. Tiba2 je rasa nak angkat kaki lari dan peluk awak dan mak awak. Tapi okay disebabkan ramai orang masa tu, jadi control lah sikit. hehe.


Masa kat dissec hall

Anis tanya :

"jat, free tak malam ni?"

"err tak tau. kenapa?" dalam hati kata, rasanya aku mmg xde pape pon malam ni.

"nak mintak tolong jaga dy malam ni boleh?dgn hedayah."

"ermemem, tak tau lagi, kalau tak da pape nati jat bg tau anis"

"okayy jatt =)"

Few minutes bila lecturer dah start demo, tiba2 terdengar malam ni nanti amy dengan dayah jaga awak. Okay agak sentap di situ. Sentap sebab ape? Sebab bajet busy yang padahalnya, saya mmg free mlm tu. Then berusaha nak jaga awak jugak malam tu. Tapi mcm dah terlewat sebab, amy dgn dayah dah okay nak jaga awak. Huuu~~pee ahh ijatt niii =((

Then xpelah, mungkin next time saya amik turn utk jaga awak. =)

Petang tu tiba2..amy mintak tolong utk temankan awak sekejap. Sebab dy ada hal jadi datang wad lewat sikit.
Mungkin Allah dengar isi hati saya and bg peluang kt saya utk teman awak sekejap malam tu.

Happy doww. hehe.

Masa tengah jaga awak dalam wad.

awak nampak penat sangat. awak nampak letih. ijat sangat tak sampai hati tengok awak mcm tu. awak tahu tak, dalam keadaan mcm tu pun awak nampak comel sangat.hihi. so okay takpe, taknak kacau awak biar awak rehat =)
tiba2 awak terjaga dari tidur, then kita borak2..kalau awak ingtlah, kita ada cakap pasal nk graduate sama2, pasal nk balik M'sia sama2 nanti, bukan kita berdua je, tapi dengan kawan2 yang lain jugak. awak tahu tak, itu bukan kata2 semata-mata. itu harapan. harapan moga kita dapat merasai saat2 itu.
awak, semua orang sayangkan awak. sangat. andainya ada salah silap awak, kami semua dah lama maafkan awak dan tidak akan simpan dalam hati pon.
andainya kami yang bersalah, moga awak maafkan kami.
awak, awak kene kuat semangat tau.
awak boleh.
percayalah. kalau Allah letakkan awak dalam keadaan mcm ni itu adalah kerana Allah tahu awak mampu menghadapinya.
jadi tabahlah awak =')
dan Allah tidak akan uji awak kalau awak tak mampu menghadapinya. okay? =)
ijat dan kawan2 akan sentiasa doakan awak.

Sedih.
Tapi takpa, demi kebaikan awak, ape pun boleh! hehe.
Awak miliki kami semua =D
Jadi jgn risau, apa jua keadaan. Ijat n kawan2 lain mesti akan support awak!!

Love,
Izzati Ariffin <3

n this is the picture of us.
saya nak awak nampak gembira mcm ini semula. boleh? promise?
Moga Allah permudahkan segalanya =')